KEMELUT rumah tangga antara suami pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman dengan isteri pertamanya iaitu Adibah Abd Mutalib berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu pagi tadi.
Rosland, 50, melafazkan talak di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Noraini Mohd Ali pada pukul 10.50 pagi,Khamis. Sebelum lafaz cerai dibuat, hakim membacakan hasil perbincangan Jawatan Kuasa Damai (JKP) yang dibuat kedua-dua pihak pada 13 Julai lalu.
Rosland dikatakan memilih untuk bercerai atas alasan tiada persefahaman dan tawar hati dengan tindakan Adibah kerana membuat kenyataan berhubung perkahwinan mereka sebelum ini. Sementara itu, Adibah ketika ditemui media di perkarangan mahkamah engga memberi apa-apa komen berhubung penceraian tersebut.
“Adibah masih terkejut dan tidak mahu memberi komen…” – Peguam Adibah
“Kami akan terus melawan untuk kes selepas ini…” – Katanya
Dalam pada itu, ibu Miera Liyana iaitu Aisyah Abdullah turut hadir sama memaklumkan pihaknya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.
“Kami akan adakan sidang media…” – Ibu Miera Liyana
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]