Seorang lelaki menemui ajal ketika sedang menunaikan solat sunat Dhuha di kediamannya di Segambut, di sini awal pagi tadi.
Menurut sumber, Shukri Sulaiman, 51, yang merupakan pengurus kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam posisi sujud kira-kira pukul 10 pagi.
Jelasnya, ar.wah yang giat menja.lankan kerja-kerja keba.jikan telah mengam.bil cuti sa.kit selepas men.ga.lami de.mam sejak beberapa hari lalu.
Ketua Po.lis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya men.ge.sahkan keja.dian dan menerima lapo.ran berhubung insi.den terbabit.
“Kita menerima lapo.ran daripada rakan mang.sa yang memaklumkan telah pergi ke rumah itu untuk menghantar makanan.
“Rakannya cuba membuat panggilan beberapa kali namun tidak dijawab lalu meminta bantuan jiran untuk masuk ke dalam rumah mang.sa.
“Bagaimanapun rakannya itu ter.kejut sebaik mendapati mang.sa sudah tidak se.dar.kan diri dalam salah sebuah bilik.
“Mang.sa dijumpai dalam keadaan bersujud pada sejadah serta memakai jubah serba putih,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Katanya, jena.zah Shukri seterusnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi proses be.dah sia.sat yang akan dijalankan esok.
KOMEN NETIZEN:
Sumber: KOSMO! ONLINE