Kita semua kenal, lagenda seni tanah air. P Ramlee. P. Ramlee merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu Malaysia. Kerana jasanya yang amat besar dalam industri filem dan muzik dan hasil karya sasteranya, beliau dianugerahkan “Seniman Agung Negara”
Kerjaya lakonannya bermula di Singapura pada 1948 semasa di puncak kerjayanya, sehingga berhijrah ke Malaysia pada 1964 sehingga kematiannya. P Ramlee juga dikenang sebagai ikon terkemuka dalam industri hiburan Malaysia. Kemasyhuran beliau juga berkembang sehingga ke rantau Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia serta Hong Kong dan Jepun.
Mungkin ramai yang tidak tahu, di penghujung karier P Ramlee, namanya sudah tidak dihargai malah ramai yang memandang rendah kepadanya. Ini merupakan punca Kejatuhan P Ramlee.
Di zaman akhir P.Ramlee, Kejatuhan dunia seni Allahyarham adalah kerana kemunculan muzik Pop Yeh Yeh. Allahyarham pernah dijemput untuk turut serta dalam satu konsert Pop Yeh Yeh di Stadium Negara. Tetapi malangnya apabila nama P Ramlee dipanggil untuk menyanyi, beliau ditelah di’boo’ oleh penonton. Namun Allahyarham sempat melawak dan menghiburkan penonton dan akhirnya mereka menikmati juga nyanyiannya.
Itulah nyanyian terakhir beliau di khalayak ramai. P Ramlee tahu zamannya sudah berakhhir. Nyanyian tradisionalnya sudah tidak mampu melawan petikan gitar elektrik yang ketika itu menjadi fenomena daripada pengaruh barat(The Beatles)
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video
View this post on Instagram
P Ramlee sememangnya insan yang berbakat. Namanya akan dikenang sebagai lagenda seni tanah air selama-lamanya.