Benc4na banjir yang kini melanda beberapa negeri di Malaysia mengejutkan orang ramai.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, sebuah video tular memaparkan mangsa banjir menyelamatkan diri atas bumbung meny3ntuh jiwa netizen.
Difahamkan, video itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Shaza Hasliza.
Menurutnya, kejadian yang berlaku di Surau Muttaqin Taman Sri Nanding, Hulu Langat Selangor itu turut melibatkan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta bayi.
“Setakat jam 8.17 pagi belum ada bantuan untuk yang Surau Muttaqin Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Ada OKU dan baby atas bumbung dalam kesejukan,” tulisnya.
Kemudian, menerusi perkongsian semula di Instagram Gempak dan era.je, rata-rata netizen bimbang melihat orang ramai termasuk golongan tua kesejukan atas bumbung di situ.
“Kesiannya diorang kesejukan Ya Allah,” tulis seorang pengguna Instagram.
“Kesian ada orang tua jugak tu, pagi-pagi sejuk embun, semoga semua selamat,” tulis netizen lain.
“Ya Allah, sayu je muka masing-masing, semoga dipermudahkan urusan mangsa,” tulis yang lain.
“Kesiannya, mana yang warga emas tu ubat diorang ada bawa ke,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.
Apapun, marilah kita sama-sama berdoa agar bencana banjir dihilangkan segera oleh Allah SWT selain cuba memberi bantuan mengikut keupayaan dan cara masing-masing.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa bencana banjir di kawasan masing-masing.
View this post on Instagram
Sumber: Gempak