Ingatkan abang bomba semua berani pegang ular, rupanya ada juga jenis penakut.
Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik mr.firefighter07 menunjukkan dua orang bomba sedang berkejaran dengan seekor ular. Klip video tersebut menunjukkan seorang rakan bomba yang memegang ular mengejar seorang rakannya itu yang takut akan haiwan tersebut. Gelagat dua orang bomba itu telah menghiburkan hati netizen.
Rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka tidak sangka ada ahli bomba yang takut dengan ular kerana sebelum ini mereka ingat semua ahli bomba berani dengan haiwan tersebut. Ramai juga yang mengatakan bahawa mereka kasihan melihat ahli
bomba yang penakut dengan ular itu lari seperti tidak cukup tanah. Ada juga yang mengatakan bahawa jangan main dengan ular tersebut kerana takut ahli bomba itu trauma dengan ular.
Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 700K tontonan, 30K sukaan dan 2K komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@Nur Hudiyah Uddaimatunnur: ada juga abg bomba yg takut ular
@bungakemboja: mabuk doh ular tu woiii
@kay755: berpuluh kali aku ulang..biar dia penat lari
@Shahratul Effa: Jgn bang.. Saya dulu xtakut sgt ngan ular.. Tp sejak kwn saya kejar saya mcm ni ngan ular, trauma terus pitam saya masa tu
@༆✯❦︎ɪsʜᴀ❦︎✯༆: ingatkn bomba smua brani pgang ular, rupanya ada gk jenis takut cm kami gak
@Jamilah Manan70: dan lagi abam² bomba bergurau senda. hilang stress
@UdotApai: Abng bomba dgn ular ori je main kejo2. Kite dgn ular mainan je dah pecut 100 meter lari, x pandang belakang
@DORISVARAN S2.0: rkyt mind voice:abam bomba tolong abam bomba
mind voice abam bomba : harap maaf sy pun disini tgh lari kalau blh anda bantu sy drpd mem ulaq
@hamba allah: dia pegang ular mcm tali jer wey kalau sy dah pitam
@Unggas Rimba Unggas: klu ular tu boleh berckp mesti dia ckp bang saya bukan ular getah ..saya ular betul bang..pening saya bang kena hayun sana sini..Adehh..
Sumber: Tiktok, Wiki