Home Isu Semasa Acara Pembukaan SUKMA SARAWAK Mendapat Perhatian Ramai, Lebih Hebat Dari Olimpik Paris

Acara Pembukaan SUKMA SARAWAK Mendapat Perhatian Ramai, Lebih Hebat Dari Olimpik Paris

48
0

Rentak pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 telah pun bermula seiring dengan pembukaan rasmi temasya tersebut yang disaksikan oleh lebih 40,000 penonton yang memenuhi Stadium Sarawak, malam ini.

Meskipun acara perasmian bermula pada jam 7 petang, orang ramai sudah mula berkumpul di perkarangan Stadium Sarawak sejak jam 3 petang untuk memastikan mereka tidak ketinggalan menyaksikan majlis perasmian yang penuh meriah itu.

Para tetamu yang hadir disajikan dengan persembahan memukau, termasuk tarian dari pelbagai etnik dan pertunjukan cahaya yang menjadi antara elemen kejutan buat pengunjung.

Kemeriahan majlis perasmian dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir dalam kalangan kepimpinan kerajaan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama isterinya.

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, serta Timbalannya, Adam Adli Abdul Halim, juga tidak mahu ketinggalan untuk bersama rakyat Bumi Kenyalang menyaksikan upacara perasmian ini.

Penonton dihiburkan dengan persembahan daripada barisan artis terkenal tanah air, termasuk Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Marsha Milan, dan Bob Yusof.

Seperti biasa, perarakan kontinjen berlangsung sebelum ucapan tetamu kehormat, dimulakan oleh Johor selaku juara Sukma 2022 dan diakhiri oleh wakil dari tuan rumah.

Namun, kelainan yang ditampilkan kali ini ialah penganjur menghimpunkan atlet terkemuka dari Bumi Kenyalang, termasuk legenda pecut Watson Nyambek, bekas perenang negara Daniel Bego, serta barisan penerjun seperti Bryan Nickson Lomas, Traisy Vivien Tukiet, Datuk Pandelela Rinong, dan Bertrand Rhodict Lises yang baru pulang dari Sukan Olimpik Paris 2024.

Pandelela dan peninju sensasi Sarawak, Daeloniel McDelon Bong atau lebih dikenali sebagai ‘Kilat Boy’, diberikan penghormatan untuk membawa obor temasya dwi tahunan tersebut.

Mengikut rekod, kali pertama Sarawak menganjurkan Sukma adalah pada tahun 1990, manakala penganjuran terakhir adalah lapan tahun lalu.

Sukma Sarawak kali ini dianjurkan di sembilan bahagian di Sarawak hingga 24 Ogos, melibatkan 488 acara dalam 37 jenis sukan, yang terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita, dan 35 acara campuran.

Penganjuran kali ini bertemakan “Matlamat Perpaduan Membara,” yang menekankan kesepakatan dan masyarakat majmuk walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleIsteri Meninggal Dunia Ketika Melahirkan Anak, Suami Menyusul ‘Pergi’ Dua Minggu Kemudian
Next articlePerahu Tambang Karam, Tiga Pelajar Hilang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here