Tiga pelajar, dua daripadanya perempuan, dilaporkan hilang setelah perahu tambang yang dinaiki mereka karam ketika menyeberangi Sungai Kayan di Kampung Selampit, Lundu, hari ini.
Menurut maklumat, sekitar 6.10 pagi, kira-kira 20 pelajar menaiki perahu tersebut.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 6.33 pagi.
Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan tersebut.
“Pencarian awal sudah dilancarkan oleh penduduk, namun gagal mengesan tiga pelajar terbabit…”
“Anggota bomba kini meneruskan pencarian bersama dengan penduduk kampung,” katanya.
Sumber: Portal