Home Isu Semasa Jual Cerita Air Mata Kutip Dana

Jual Cerita Air Mata Kutip Dana

92
0

Penipuan skim piramid ala ‘MLM’, skim ponzi, dan kini sampai menggunakan agama untuk memanipulasi kutipan dana awam bagi kepentingan peribadi.

Tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menjual agama demi meraih keuntungan dengan mudah melalui eksploitasi kutipan dari orang awam.

Ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang jujur dalam urusan kutipan dana untuk melaksanakan aktiviti kebajikan mereka.

Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Datuk Ahmad Noordin Ismail, berkata modus operandi penipuan kutipan dana awam ini sudah berubah jika dibandingkan dengan sedekad lalu.

“Dulu, mungkin kita sering mendengar slogan seperti ‘mahu kaya seperti saya’ yang mempromosikan skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) atau skim ponzi.

“Kini, kita tidak boleh nafikan bahawa wujud pihak yang memperkudakan atas nama projek ‘demi agama’ dalam mengumpul dana awam namun pada masa sama, mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

“Golongan ini bijak menjual cerita air mata pihak tertentu, memanipulasi sifat empati rakyat negara ini dan beberapa kaedah lain untuk meningkatkan kutipan dana…”

Ahmad Noordin berkata, kewujudan platform media sosial juga banyak mendorong golongan ini untuk beroperasi dalam mengutip dana.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mereka yang ingin melakukan penipuan dan jenayah akan menggunakan segala platform yang ada untuk meraih simpati sehingga orang ramai mudah terpedaya.

Menurutnya, memang modus operandi mereka akan menggunakan pelbagai cara termasuk berkaitan keagamaan untuk meraih simpati dan seterusnya memperdaya penderma.

“Ia memang sentiasa digunakan individu ini termasuk dalam soal derma korban, derma pusat tahfiz untuk anak yatim yang kita tidak tahu ke mana duit itu pergi.

“Mereka menggunakan sifat dermawan dan simpati masyarakat kita untuk melakukan penipuan seperti ini dan banyak kes berlaku…”

Ramli berkata, kutipan derma ini tidak diketahui bagaimana saluran wangnya, dan menjadi satu kesalahan jika ia disalahgunakan.

“Mereka menggunakan alasan menderma itu untuk membuat penipuan seperti yang berlaku dalam kes lelaki membuat kutipan yuran guaman yang ditahan baru-baru ini, kes pempengaruh membuat kutipan derma, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam isu sama.

“Perlu ada rasa cuak jika ingin menderma dan pilih saluran yang betul di mana pihak membuat kutipan derma itu boleh diaudit setiap tahun dan elok melalui yayasan daripada diberikan kepada individu…”

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleSengaja paksa anak remaja tidur di koridor flat 4 hari berturut-turut, ibu bapa ditahan polis di Pasir Gudang
Next articleStoking Kalimah Allah: Pengasas dan Pengerusi KK Mart Dilepas dan Dibebaskan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here