Home Uncategorized “Nanti Tanya Allah Ya..” – Fazura Bengang Ditanya Bila Nak Tambah Anak

“Nanti Tanya Allah Ya..” – Fazura Bengang Ditanya Bila Nak Tambah Anak

108
0

Penyanyi dah usahawan, Nur Fazura membalas pertanyaan warga maya selepas diajukan tentang perancangannya dan suami, Fattah Amin untuk menambah cahaya mata.

Menerusi video yang dikongsikan semula peminat di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura binti Sharifuddin mendedahkan menerima banyak persoalan daripada orang ramai tentang zuriat namun akui tidak mampu berkata apa-apa kerana semua itu adalah rezeki yang ditetapkan Allah SWT.

Nanti tanya Allah SWT ya. Suami saya di Kelantan, macam mana lah ya nak buat baby kan.

@fazura.official boleh ke tumbuk bawang putih bawang merah dapat baby🤣🤣 #fazura #fattahamin #fattzura #tudungfazura ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Ramai tanya soalan tu, macam mana saya nak jawab. Mestilah saya berdoa nak ada baby lagi tapi itu semua ketentuan Allah SWT. Kita usaha, dan doakan semoga dipermudahkan.
Dalam pada itu, dengan nada bersoloroh isteri kepada aktor Fattah Amin ini seakan memberi bayangan kepada orang ramai bahawa untuk memiliki cahaya mata bukanlah semudah seperti yang disangka.

Adakah saya kena tumbuk bawang merah, bawang putih campur buah cengkih sikit ke boleh mengandung lepas tu kan.
Sementara itu, Fazura meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga agar dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata kedua.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberitahu bahawa video dari rakaman siaran langsung itu berlaku sekitar April lalu.

Previous article“Duet Paling Best. Khai Bahar Nyanyi Lagu Apa Pun Best..” – Gandingan Khai Bahar dan Siti Nurhaliza Buat RamaiTergamam
Next articleKes Khalwat: Aliff, Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here