Tular di media sosial semalam, seorang lelaki menangis memohon bantuan van jenazah untuk menguruskan bapanya yang meninggal dunia di tepi jalan.
Difahamkan, van yang dipandu oleh Mohd Ariff mengalami kerosakan dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Bongawan, Papar.
Hasratnya untuk membawa pulang bapa mentua agar dijaga di kampung tidak kesampaian apabila bapa mentuanya meninggal dunia dalam perjalanan yang mengambil masa 8 jam itu.
Jelas Mohd Ariff, kematian bapa mentuanya telah disahkan oleh pihak Hospital Tuaran yang datang ke lokasi kejadian.
Namun, jenazah tidak dibawa ke hospital, dan pihak hospital memintanya mengatur sendiri van jenazah. Dengan bantuan rakan, van jenazah dari kampung berhampiran tiba selepas dua jam menunggu.
Dalam hantaran terbaru, Mohd Ariff meluahkan rasa syukur kerana urusan pengebumian bapanya telah selesai. Katanya, ini pertama kali dalam hidupnya berdepan detik sukar seperti itu.
Dia menyatakan bahawa dia cuba melambaikan tangan dalam keadaan menangis, meminta simpati daripada kenderaan yang lalu lalang. Namun, tiada satu pun yang berhenti atau memberi perhatian.
Lihat Posting di bawah:
Sumber: Facebook
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.