Hafidz, 30, menyifatkan perkara tersebut umpama ‘peluang kedua’ buatnya dalam kerjaya seni dan berasa lega kerana tempoh setahun itu adalah tempoh paling lama pernah dilaluinya tanpa menjalani sebarang penggambaran.
@astrogempak #GempakNews ♬ original sound – Gempak
“Allah Bagi Saya Peluang Kedua..” – Hafidz Roshdi Bakal Comeback Setelah Setahun Tak Berlakon
“Alhamdulillah, Allah memberi peluang kedua apabila baru-baru ini saya kembali menerima tawaran lakonan selepas setahun tak ‘shooting’ (penggambaran).
“Saya pun tak sangka menerima tawaran daripada Global Station Sdn Bhd untuk berlakon dalam drama untuk siaran di Viu. Harapnya ini menjadi titik tolak untuk saya kembali aktif dalam dunia lakonan,” katanya yang bakal membintangi drama Bawah Payung Awan musim kedua.