Home Viral “Jangan Idolakan dan Mengagungkan Manusia, Idola Kan Rasulullah…” – Amir Jahari Dikecam...

“Jangan Idolakan dan Mengagungkan Manusia, Idola Kan Rasulullah…” – Amir Jahari Dikecam Orang Ramai

163
0

Penyanyi Amir Jahari diserang oleh netizen selepas memuat naik ciapan meminta orang ramai untuk berhenti mengidolakan seseorang, terutamanya selebriti.

Ciapan tersebut dimuat naik ketika platform X (sebelumnya dikenali sebagai Twitter) sedang hangat dengan perdebatan antara peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Sitizoners, dan warganet.

Dalam hantaran itu, pemilik nama Mohamad Amirullah Jahari dilihat memberi nasihat kepada peminatnya untuk berhenti mengidolakannya.

Bukan hanya dirinya, malah penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu juga berharap agar orang ramai berhenti memuja manusia secara membuta tuli.

“Kepada mereka yang mengidolakan saya. Berhenti…”

“Jangan idolakan dan mengagungkan manusia membuta tulis. Idolakanlah yang selayaknya. Rasullah S.A.W…”

Ciapan itu kemudiannya menyebabkan segelintir peminat penyanyi lagu “Bukan Cinta Biasa” terasa dan terus ‘menyerang’ juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 38.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleSuami Rasa Macam Ada Kekasih Baru, Emelda Rosmila Puas Hati Botakkan Rambut
Next article‘Ibu Minta Maaf Ya Nak’ – Wanita Dihantui Rasa Bersalah, Gugur Anak Luar Nikah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here