Home Kehidupan Suami Penat Kerja Offshore Kecewa Lihat Isteri Tunang Dengan Lelaki Lain

Suami Penat Kerja Offshore Kecewa Lihat Isteri Tunang Dengan Lelaki Lain

232
0

Tular di aplikasi TikTok, seorang suami yang bekerja di luar pesisir kecewa mendengar isterinya mahu memulakan hidup dengan lelaki lain. Hmm.. gaji banyak pun tak dapat menjamin kehidupan yang harmoni.

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang peguam syarie, beliau menceritakan tentang seorang suami yang difahamkan bekerja di luar pesisir terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya sudah bertunang dengan lelaki lain.

Namun, yang lebih mengejutkan adalah pertunangan itu diadakan ketika perkahwinan mereka masih sah sebagai suami isteri.

“Saya kerja kapal, balik 6 bulan sekali… Penat cari duit untuk dia, macam ni dia balas kita…”

“Keluarga mentua tahu dan siap suruh saya ceraikan isteri ada la…”

Lelaki tersebut berkata dia tidak menyangka perkara yang haram ini disokong oleh keluarga walaupun perkahwinan mereka sudah berusia 12 tahun dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

“Depa kata saya tak layak masuk keluarga depa sebab saya anak tak sah taraf…”

Alasan ini digunakan oleh keluarga mentua untuk mendesak lelaki tersebut menceraikan isterinya dan berkeras tidak mahu keturunan daripada orang yang berstatus sebegitu.

Walau bagaimanapun, selepas menghadiri sesi kaunseling, si isteri masih tidak mengaku perbuatan haram yang dilakukannya itu.

Kasihan si suami ini, sudah pergi bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga tetapi lain pula jadinya. Apa-apa pun, semoga tabah menghadapi ujian ini.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Sumber: Instagram, Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleMeerqeen Mendonia, Berlakon Drama Indonesia. Ramai Puji Meerqeen Cakap Indon Sangat Lancar
Next articleWanita Indonesia Luah Rasa Serik Bersalin di Hospital Kerajaan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here