Penyanyi versatil, Ernie Zakri tampil meluahkan rasa sedih apabila anak perempuannya, Nur Khawla Soleha menjadi bahan cacian sesetengah netizen di media sosial.
Ujar Ernie, ada yang tergamak menyamakan wajah anaknya itu dengan binatang sekaligus menyakiti hatinya sebagai ibu.
Normal seorang ibu sedih dan wujud segelintir netizen yang saya boleh kata tidak berakal tapi saya bertanggungjawab atas semua itu kerana saya yang pilih tayang anak.
Bukan menerima dengan hati terbuka apabila ada orang kutuk anak saya, tetapi apabila tahu perkongsian itu membawa ke arah negatif, saya akan mula kurangkan hantaran berkaitan anak.
Ini tanggungjawab saya dan suami. Saya tahu tidak semua orang suka tengok anak kami tapi bila ada yang kata anak saya tak comel, sedih saya.
Dia walau bagaimanapun menegaskan tidak akan mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap manusia seperti itu hanya mahukan perhatian.