Pengacara dan pelakon terkenal, Awal Ashaari tidak bersetuju dengan tindakan bekas pelakon, Wardina Safiyyah yang mendedahkan nama-nama artis tempatan yang perlu diboikot berkaitan dengan gerakan Blockout2024.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari berpendapat bahawa tindakan Wardina itu seolah-olah mahu memecahbelahkan golongan selebriti dengan warganet.
“But to mention your struggle mencari nafkah ibarat petani mencari sesuap nasi macam tak sesuai with your luxury lifestyle…” – Netizen
Walau bagaimanapun, sebuah komen yang dibalas oleh selebriti tersebut mengecewakan ramai apabila beliau mengatakan bahawa warganet tidak memahami kesusahan yang beliau hadapi.
“Awak tak tau struggle saya. Orang kata besar periuk, besarlah kerak. Luxury bukan datang bergolek. Kena kerja juga, Bulan-bulan kena bayar juga. Maaf kalau tersinggung…” – Awal
Lihat posting di bawah:
Lagi sekor. From acah kerja dia sokong jenama zionis sama level dengan petani membanting tulang to justify sokong jenama zionis dengan kerak dia banyak sebab periuk dia besar. Luxury bukan percuma. Like first of all, your luxury goods are funding a genocide. U work hard for that? pic.twitter.com/EVDxQpBIZS
— Juju (@arxxxxmand) May 14, 2024
Sumber: X
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.