Home Viral “Dia Sebenarnya Sebaik-baik Manusia, Dia Tidak Pernah Tinggal Solat Tahajud…” – Nabil...

“Dia Sebenarnya Sebaik-baik Manusia, Dia Tidak Pernah Tinggal Solat Tahajud…” – Nabil Ahmad

168
0

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menceritakan pengalamannya ketika menyertai jemaah tabligh bersama penyanyi popular, Aliff Aziz semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kira-kira tahun 2020.

Ketika ditemui oleh sebuah Portal, pelawak terkenal Ahmad nabil Ahmad berkata bahawa pelakon sensasi Aliff Aziz seorang sahabat yang baik dan rajin mengerjakan solat tahajud.

“Semasa saya dan Aliff masuk tabligh, dia sebenarnya sebaik-baik manusia. Dia yang merelakan diri untuk masuk tabligh dan belajar agama dengan mendalam…”

“Sepanjang dengan Aliff, dia tidak pernah tinggal solat tahajud. Dia juga antara orang yang bangun seawal 2 pagi untuk bersiap…”

“Saya berada dengan dia yang mungkin orang tak pernah nampak. Memang besar ujian Aliff kali ini…”

“Kalau dia mengaji, dia mengaji betul-betul. Kalau solat, dia solat betul-betul…”

Nabil menyatakan perkara tersebut semasa ditemui di majlis Rumah Terbuka FYP Raya Era yang diadakan di Restoran Rebung 2 Cef Ismail, Putrajaya, pada hari Jumaat.

Dalam perbualan seterusnya, sebagai bapa kepada dua anak, beliau menganggap kontroversi yang melibatkan Aliff sebagai satu ujian baginya.
Lihat klip video di bawah:

“Allah sebenarnya sedang uji dia dan isterinya. Keluarga mereka sedang diuji ketika ini…”

“Mungkin ada hikmah atas apa yang Allah uji pada dia. Sama-sama kita doakan untuk dia…”

Sebelum ini, Aliff akhirnya memberikan kenyataan dan memohon maaf kepada isterinya, Bella Astillah, mengenai krisis rumah tangga mereka.

Dalam temu bual bersama podcast The CommonFolks SG, Aliff juga mengakui kesalahannya yang telah melakukan pengkhianatan terhadap Bella.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kepada Budak Lelaki Tu, Apa Yang Dia Nak Dapatkan Sedangkan Dia Tahu Bella Tu isteri Orang…” – Aliff Aziz
Next article“Be A Man, Just Divorce And Stop Hurting..” – Boss James Pesan Aliff Aziz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here