Sebuah klip video milik akaun Tiktok Ain Edruce menunjukkan beliau yang sedang melakukan sebuah ‘trend’ bersama suaminya. Walau bagaimanapun, klip video tersebut mendapat kecaman kerana beliau telah menggunakan lagu bertajuk Ramadan Tiba dari kumpulan Opick. Namun, ianya telah membuat ramai tidak berpuas hati dek kerana lagu tersebut dalam ‘remix version’.
“Ramadan Tiba featuring suami ku…” – Ain edruce
Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet berkata bahawa Ain perlu menghormati lagu Ramadan. Ada juga yang turut mengatakan bahawa mereka sedih melihat lagu tersebut “digedikkan” dan menjadi lagu ‘trendy’ di Tiktok.
“Ain hormat la lagu Ramadan, lagu sambut Ramadan ni…”
“Omg kenapa digedikkan lagu ni, sedihnya bila macam ni…”
Lihat klip video di bawah:
@ain.edruceRamadhan tiba featuring suami kuuu haha
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.