Baru-baru ini, influencer yang dikenali sebagai Hafiz Mahamad telah menjadi perbualan hangat selepas rakaman video menunjukkan dia berubah menjadi ‘hulk’ kerana ingin mencium staf wanitanya di Hajarul Aswad menjadi viral di media sosial.
Kemudian, video yang menunjukkan pelakon Nazim Othman dengan tenang dan tersenyum semasa mencium Penjuru Yamani tanpa mencetuskan kehebohan di dalam Kaabah juga menjadi viral kembali.
Dalam menjawab soalan tersebut, Nazim menegaskan bahawa dia enggan dibandingkan dengan Hafiz Mahamad kerana dia merasa tidak pantas untuk menilai ibadah seseorang.
Bahkan, dia turut menitiskan air mata semasa menceritakan pengalaman yang mengesankan sewaktu berada di Tanah Suci kerana dia merasakan segala urusan dipermudahkan bagi dirinya.
“Keikhlasan itu penting, bagi influencer tersebut saya tak kata dia tak ikhlas. Bukan position saya untuk menentukan keikhlasan seseorang…” – Nazim Othman
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen memuji jawapan yang diberikan oleh aktor tersebut, sambil merasa terharu melihat Nazim menangis ketika menceritakan pengalamannya di Tanah Suci.
Lihat posting di bawah:
@buletin.tikt0k credit : youtube tv3malaysia #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas ♬ original sound – Meloda🎥🔥
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.