Ajai, seorang komposer, penerbit, dan penyanyi, memberikan tanggapan mengenai ‘kejatuhan’ kumpulan The Gadys dalam penampilan langsung mereka di sebuah acara penghargaan baru-baru ini. Ajai mencatat tiga isu yang dikenal pasti dalam persembahan tersebut, termasuk kekurangan dalam penjiwaan dan penghayatan semasa melakukan penampilan.
“Ada tiga masalah di situ. Pertama, tanya label. Second tanya penganjur. Ketiga, begitulah nyanyiannya kalau selalu autotune. Kamu tak dapat suara asli kamu. Tapi suara asli kamu kedengaran bila kamu menyanyi secara langsung…”
“Dan juga soul (jiwa). Ada orang pitching dia agak flat… tentulah, kita manusia memang tiada pitch sempurna. Tapi jika dia ada karisma, boleh jual…”
Ajai menegaskan pandangan ini semasa sidang media Konsert ByAjai & Mega Friends pada hari Rabu. Sementara itu, dia menekankan kepentingan peranan artist & repertoire (A&R) dalam mengenal pasti bakat-bakat yang benar-benar mampu menonjol.
“Saya tonton persembahan itu dan saya tidak terkejut. Sebab saya dah biasa tengok budak-budak sekarang menyanyi macam tu. Sebab saya selalu dapat DM untuk audition..”
“Selagi label tak jaga kuantiti dan kualiti, memang susah. Label sepatutnya perlu ada A&R dalam menentukan sesuatu produk bagus atau tidak. Nak harap siapa lagi takkan nak harapkan kedai tayar?”
Sebelum ini, penampilan The Gadys yang membawakan lagu “Cintaku Sampai Ke Ethiopia” telah mendapat kritikan yang hebat semasa mereka menyanyikannya secara langsung.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.