Home Viral Pemenang Cabutan Bertuah RM310K Event Faris Choii Mahu Masukkan Duit Dalam Akaun...

Pemenang Cabutan Bertuah RM310K Event Faris Choii Mahu Masukkan Duit Dalam Akaun Bank Girlfriend

275
0

Seorang remaja berumur 22 tahun berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah berbentuk sebuah kenderaan berjenama Nissan GT-R R35 semasa perayaan Santai Food Festival di Terengganu yang dianjurkan oleh pasukan Faris Choii.

Choii yang bertindak sebagai pengacara bersama pelawak Achey bersetuju dengan permintaan pemuda itu untuk menukar hadiah kemenangannya dengan wang tunai berjumlah RM310,000 selepas seorang lelaki membuat tawaran.

Namun, orang ramai terkejut apabila pemuda tersebut meminta wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank teman wanitanya kerana telefonnya kehabisan bateri.

Namun, Choii dan Achey menghalang tindakan itu dan meminta pemuda itu untuk memberikan nombor akaun bank ibu bapanya.

Akhirnya, Choii membuat keputusan untuk memberikan powerbank kepada pemuda itu agar telefon bimbitnya dapat dihidupkan.

Selepas penganjur dan emcee menegaskan pendirian mereka, wang tersebut berjaya dimasukkan terus ke akaun bank pemuda itu.

Lihat posting di bawah:

@rhftransport Tahniahh adik 🥳🥳🥳. #choii #choiiofficiall_ #drawbridgeterengganu ♬ memoritercipta.NurLiyanaSyarina. – nur liyana syarina

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Ini Adalah Permulaan Mencintai Diri Sendiri, Selamat Pulang…” – Amelia Christie
Next article“Ni Baru Betul Bekwoh..” – Kenduri Kahwin Sabri Yunos Dan Angeline Tan Di Kampung Tema Era 90an

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here