Kemenangan penyanyi lagu Hasrat, Amir Jahari telah membuat ramai yang sebak kerana ianya sebuah persembahan yang amat menyentuh perasaan warganet di Anugerah Juara Lagu yang ke-38 (AJL 38). Datuk Mokhzani Ismail, Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), menyatakan bahawa lagu yang dinyanyikan oleh Amir Jahari juga memiliki aspek yang unik dan berbeza dari 11 lagu lain yang bersaing.
“Melodi, nada, lirik dan semua perkara akan diambil kira dalam lagu tersebut. Tiga lagu yang menang juri pilih adalah lagu yang terbaik di antara terbaik…”
“Untuk mencipta lagu, perkara yang paling susah adalah bahagian major dalam lagu dan Hasrat mempunyai major lagu yang sangat berkualiti…”
“Ada sesuatu yang juri lihat pada Hasrat, bukan bermakna lagu lain tidak berkualiti, tetapi Hasrat lain daripada lain. Kalau dengar akan terngiang-ngiang…”
“Lagu itu mungkin senang untuk dinyanyikan, tetapi bila ada garapan lirik yang baik ditambah pula dengan okestra yang hebat, oleh itu juri sepakat pilih Hasrat sebagai juara…”
Dalam masa yang sama, Amir turut menceritakan maksud sebenar lagu tersebut yang merupakan gambaran bapanya ketika meninggalkan dunia. Reaksi Amir yang menangis ketika menceritakan jalan cerita lirik lagu Hasrat yang mendalam telah buat ramai terkesan.
Ramai yang turut mengatakan bahawa pemilihan lagu di Malaysia sudah berubah kepada lagu yang lebih tenang tanpa ada jeritan di dalam melodi lagu tersebut kerana lagu Hasrat merupakan sebuah lagu yang ‘simple’ berbanding lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi lain, Namun, maksudnya sangat mendalam.
Lihat posting di bawah:
Selalu yang outfit rilek rilek nyanyi tenang tenang ni konfem jadi juara. pic.twitter.com/NQQwuH2bzR
— brgsjks (@brgsjks) March 3, 2024
Sumber: X
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.