Restoran milik Ustazah Asma Harun terpaksa ditutup akibat daripada kos operasi bulanan yang tidak mempu ditanggung.
“Esok last mana yang ada saja, kami tidak mampu lagi nak menampung setiap bulan sebab setiap bulan negatif RM30K…” – Ustazah Asma’ Harun
Beliau turut mengatakan bahawa setiap bulan beliau terpaksa menampung kos sebanyak RM30,000 untuk menampung segala kos operasi di restoran tersebut sehingga terpaksa mencairkan aset-aset miliknya.
“Kami keluarkan simpanan yang ada, kami cairkan semuanya sampai aset semua dah takda…” – Katanya
“Kita nak naikkan harga, kami tak sanggup, semua mahal sekarang…” – Katanya lagi
“Semua kerusi kita custom sendiri, tempat sini sangat strategik…” – Tambahnya
Tambahan pula, Ustazah Asma’ Harun turut mempromosikan restoran miliknya itu untuk dijual kepada mana-mana yang mahu memiliki restoran tersebut kerana beliau sudah tidak mampu untuk menguruskannya.
Lihat posting di bawah:
Ustazah ini cakap, setiap bulan restorannya rugi RM30k. Dia juga kata;
– Harga makanan berpatutan
– Lokasi restoran strategik
– Hiasan restoran cantikMungkin dia perlu nilai makanan yang dijual sedap atau tak. Berniaga makanan tak boleh syok sendiri.
pic.twitter.com/6EeWSW7Q6s— Roman Akramovich (@SyedAkramin) February 26, 2024
Sumber: X
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.