Tular klip video yang menunjukkan Ustazah Asma’ Harun bersama suaminya datang ke lapangan terbang untuk berjumpa dengan seorang individu yang digelar Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani.
Individu yang telah dikenali sebagai “cicit nabi” tersebut telah mendapat sokongan dan sanjungan dari ramai ilmuan di negara-negara Asia Tenggara. Hal tersebut menjadi isu hangat apabila ramai yang mengatakan bahawa mereka tidak sangka Ustazah Asma’ mempercayai individu tersebut.
“Aku yang tak berapa alim ni pun boleh nampak yang dia tu menipu, tup-tup mai ustazah dia boleh percaya…” – Netizen
Ada juga yang mengatakan mereka tidak sangka para ilmuan dari Malaysia juga senang ditipu oleh ‘scammer’ tersebut. Ramai yang turut mengatakan sungguh tidak manis apabila seorang wanita bergelar “ustazah” dikelilingi para lelaki.
“Terhegeh-hegeh depan Maula dikelilingi lelaki lain, suami ustazah ni takda maruah dan perasaan malu ke…” – Netizen
Lihat posting di bawah:
Dengan cicit nabi pun buta-buta kene scam.
Memanglah ustazah berilmu agama, tapi bab fact check dan berfikiran kritikal, lemah sgt. 😢 https://t.co/O6U8CvSByK
— StratCommProBono (@StratcommPMX) February 20, 2024
Sumber: X
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.