Usahawan terkenal, Madammu, memberi penjelasan selepas dikritik kerana memberikan telefon bimbit kepada anaknya yang masih kecil.
Menurut Madammu, orang ramai tidak seharusnya mengecam secara umum dengan mengatakan bahawa telefon bimbit memberi pengaruh buruk. Sebaliknya, dia berpendapat bahawa peralatan gajet itu mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.
“Jangan cakap macam itu, handphone ini memang ada buruknya dan ada baiknya, tapi tak boleh pukul rata. Banyak sahaja skrip yang memberi pendidikan kepada anak-anak…” – Katanya
“Kita duduk dalam zaman 2024, ada benda yang kita boleh, orang kata mana ada budak jenis yang tak nampak handphone itu tak teruja. Kita ini pun nampak handphone pun teruja…” – Katanya lagi
“Dia bukan nampak apa, tapi nampak lampu dekat handphone…” – Tambahnya lagi
Madammu berkongsi mengenai perkara tersebut semasa sesi siaran langsung di TikTok sebelum direkodkan dan dimuat naik semula di platform yang sama.
Madammu juga menyatakan bahawa anak-anaknya banyak mempelajari bahasa Inggeris melalui kandungan dalam telefon bimbit.
“Saya faham, tapi tak boleh pukul rata kata anak-anak yang banyak main handphone ini banyak masalah…” – Jelasnya
“Alhamdulillah, memang betul handphone dia ada baik dan buruk, tapi anak-anak saya banyak belajar bahasa Inggeris melalui handphone…” – Jelasnya lagi
Lihat klip video di bawah:
@zueraidah_noir Jawapan Madammu bila ada yang komen jangan bagi anak main handphonee… #fyp ♬ original sound – Zue Raidah Noir Leader
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.