Sejak petang semalam, perkara berkaitan pernikahan ‘lari’ Marissa Dania Hakim, anak kepada pelakon Norman Hakim di Songkla, telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen. Lebih lagi, kakak ipar kepada lelaki yang didakwa berkahwin dengan Marissa, iaitu Aslam, telah mengesahkan dakwaan tersebut.
Walaupun begitu, baik Norman mahupun Abby, masih belum membuat sebarang kenyataan berkaitan dengan anak mereka.
Namun, Norman masih memuat naik satu video di Instagram yang berkongsi mengenai rutin persekolahan anak-anaknya.
Apabila melihat ruangan komen, banyak netizen yang menyatakan rasa simpati terhadap Norman.
Ada juga yang menyatakan apa yang berlaku adalah sebagai ujian kepada Norman dan juga bekas isteri.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja