Persengketaan antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Hamzah, terus berlanjut hingga saat ini.
Dalam perkembangan terbaru, melalui kiriman di TikTok, Ali, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, memperincikan kronologi isu yang melibatkan dakwaan ketidakpatuhan membayar duit saman kepada Hidayah.
Ali menjelaskan bahawa dia telah melakukan beberapa langkah untuk membayar jumlah hutang sebanyak RM60,000 kepada balu abangnya tersebut.
Salah satu usaha yang telah dilakukan sebelum ini termasuk menjual tiga buah motosikal miliknya dengan nilai RM52,000 dan membayar secara ansuran.
Walau bagaimanapun, Hidayah didakwa enggan menerima cara pembayaran tersebut, sebaliknya menginginkannya dalam bentuk wang tunai.
Kemudian, Ali memaparkan perjanjian yang telah disepakati di mana baki bayaran dalam bentuk wang hanya sebanyak RM23,000 dan sisanya boleh dibayar dalam bentuk aset, iaitu motosikal.
Selain itu, Ali juga mempersoalkan tindakan Hidayah yang didakwa memburukkan namanya di media sosial dengan memuat naik kenyataan yang fitnah.
Ali menegaskan bahawa dia sedang berusaha mengumpulkan wang dengan menjual sambal petai yang dihasilkan untuk membayar baki saman tersebut.
Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata yang memalukan wanita tersebut di Instagram dua tahun yang lalu.
Lihat posting di bawah:
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.