Kes Noh Salleh dan Mizz Nina berikutan isu hak jagaan anak angkat mereka menjadi bualan netizen. Terkini, Mizz Nina tiba-tiba sahaja menarik kembali kes tersebut.
Pihak media bertanyakan soal ini kepada Noh Salleh tampil menerangkan perkara yang terjadi. Menurut Noh, Pada 13/1 Mizz Nina datang ke rumah dengan arahan interim dan menfitnah Noh Salleh menculik Musa tanpa pengetahuan. Namun hari ini tiba-tiba dia menarik semula kes.
“Saya telah ikut perintah mahkamah dan bawa bukti yang cukup untuk berkata itu semua fitnah, tapi tiba-tiba dia tarik balik. Obvious tak?..”
“Saya pun tak faham apa yang Nina takut sangat dengan bukti yang kami ada. Kalau saya keluarkan, masak dorang..”
Menurut Noh, sebelum Mizz Nina berkahwin baru lagi, Mizz Nina tak bagi Musa panggil dirinya ayah.
“Dia cuba putuskan hubungan anak dengan saya, padahal itu masih anak aku..”
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
@ohbulanofficial Hakim setuju tarik balik kes dengan kos taksiran. #ohbulan #sembangentertainment #nohsalleh #mizznina #essam #kes #tarik #balik ♬ original sound – OHBULAN!
Moga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat dan kedua pihak dapat bertolak ansur. Berbincanglah dengan baik-baik dan fikir untuk kebaikan anak. Moga dipermudahkan.