Home Hiburan Fizo Omar Enggan Ulas Isu Bekas Isteri, Mawar Karim Sudah Berkahwin

Fizo Omar Enggan Ulas Isu Bekas Isteri, Mawar Karim Sudah Berkahwin

255
0

Pelakon kacak Fizo Omar merupakan pelakon yang berbakat besar dan dikenali ramai. Banyak drama dan filem lakonannya yang menjadi hits dan digilai peminat.

Baru-baru ini tular dakwaan bekas isteri Fizo iaitu Mawar Karim telah berkahwin. Bagaimanapun Fizo Omar enggan mengulas berhubung bekas isterinya itu.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata, dia tidak mahu memandai-mandai mengulas perkara yang tidak pasti apatah lagi dia hanya berstatus bekas suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

“Saya memang ada dengar khabar angin dia sudah mendirikan rumah tangga. Khabar angin itu datang daripada pelbagai individu..”

“Bagaimanapun tentang kepastian berita itu perlu bertanyakan sendiri dengan tuan punya badan. Saya dan dia berhubung hanya mengenai anak sahaja..”

“Selebihnya saya tidak berani bercakap lebih. Tidak sesuai untuk saya bercakap tentang hal itu kerana saya hanya bekas suami,” katanya

“Sekiranya betul dia sudah berkahwin, saya tumpang gembira dan bagus untuk dia. Itu akan jadi kelebihan kepada anak kami, Maryam sebab ada dua bapa dan dua ibu..”

“Saya juga mendoakan dia bahagia dan gembira dengan pasangannya jika benar-benar sudah berkahwin.

“Bagi saya manusia ini diciptakan memang untuk berpasangan baik lelaki mahupun perempuan,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)

Apa-apa pun, min doakan moga kedua keluarga Fizo dan Mawar terus bahagia dan sama-sama dapat membesarkan Maryam dengan sepenuh kasih sayang. Andai kata betul Mawar sudah berkahwin, alhamdulillah. Min doakan moga jodoh terus berkekalan hingga ke jannah.

Previous article“Memori Paling Terkesan…” – Nyanyian Kenangan Terindah Tunku Azizah Buat Ramai Sebak
Next article“Siannya Ernie Banyak Kali Dipermainkan Dalam Industri, Dilayan Seperti Tiada Hati Dan Perasaan…” – Peminat Dedah Ernie Difitnah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here