Home Viral “Saya Minta Untuk Berkata Yang Tidak Baik Pada Fizi Ali…” – Shakilla...

“Saya Minta Untuk Berkata Yang Tidak Baik Pada Fizi Ali…” – Shakilla Khoriri

441
0

Pelakon Shakilla Khoriri memohon netizen agar tidak mengutuk bekas suaminya, Fizi Ali, berikutan isu yang melibatkan anak perempuan tunggal mereka yang tengah menjadi perhatian ramai pada masa ini.

“Saya faham kadang-kadang emosi itu tidak menentu dengan apa yang berlaku sekarang ini tetapi saya minta kalian untuk tidak berkata yang tidak baik…” – Katanya

“Tidak menulis yang bukan-bukan kepada siapa-siapa terutama kepada daddy Ameena Sofia (Fizi Ali)…” – Katanya lagi

“Saya minta maaf cakap tentang benda ini tetapi sila hormat apa yang sedang berlaku dan saya minta untuk tidak memperbesarkan isu ini kerana biarlah kami bertiga sahaja yang lalui…” – Tambahnya

Perkara tersebut diutarakan oleh aktres tersebut ketika memberi peluang kepada pengikut-pengikutnya untuk bertanya melalui Instagram Story.

Shakilla juga menyeru supaya netizen tidak mengeluarkan pernyataan negatif mengenai isu tersebut dan berdoa agar semua urusan mereka dipermudahkan. Katanya, hal ini disebabkan keinginannya agar anak mereka tidak membesar dengan berita buruk tentang dirinya atau Fizi.

“Jadi saya minta jasa kalian semua untuk berhenti menulis apa-apa. Tulis sahaja yang baik-baik, doa yang baik-baik. Terima kasih…” – Tambahnya

Sebelum ini, Fizi mengungkapkan rasa kecewa ketika dia tidak dapat bertemu dengan Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November yang lalu.

Lihat posting di bawah:
IMG 9714

Sumber: Instagram Story

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Thank You Haters, Tanpa Mulut Awak Yang Masin Saya Tak Dapat Offer Ni…” – Syada Amzah
Next article“Memori Paling Terkesan…” – Nyanyian Kenangan Terindah Tunku Azizah Buat Ramai Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here