Home Viral “Thank You Haters, Tanpa Mulut Awak Yang Masin Saya Tak Dapat Offer...

“Thank You Haters, Tanpa Mulut Awak Yang Masin Saya Tak Dapat Offer Ni…” – Syada Amzah

323
0

Sejak kontroversi mengenai isu keluarga mencuri perhatian warganet, penyanyi Syada Amzah sering kali diserang dan dikritik oleh netizen.

Melalui hantaran di Instagram Story (IG), Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah memperlihatkan satu komen yang berbau negatif yang ditulis oleh seorang pengguna media sosial.

“Try hard nyanyi lagu luar dengan harapan viral dan dijemput ke negara tersebut. Lambat lagi dik…”

Dalam kiriman yang sama, Syada kemudian mengkritik individu tersebut dan mengumumkan bahwa dia akan pergi ke luar negeri sebagai hasil dari usahanya ‘cover’ beberapa lagu dalam bahasa asing sebelum ini.

“Hadiah hari jadi tahun ini. Baru Januari dah ada tiga negara! Tapi saya dapat tawaran pergi ke negara yang merupakan salah satu bahasanya saya dah ‘cover’. Syukur Alhamdulillah! Terima kasih haters, tanpa mulut awak yang masin saya tak dapat tawaran ni…” – Syada Amzah

Namun demikian, Syada tetap bersyukur masih ramai peminatnya yang terus setia mendukung dan mendoakan kejayaannya.

“Terima kasih kepada penyokong sebab tak berhenti bagi kata-kata yang baik, doa-doa yang baik. Semoga semua perkara baik berbalik kepada awak dan keluarga. Amin Ya Allah…” – Katanya lagi

Sebelum ini, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini seringkali memuat naik video yang menunjukkan dia sedang menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa asing, termasuk bahasa Arab, Tagalog, dan bahasa Sepanyol.

Lihat posting di bawah:
IMG 9700

Sumber: IG Story

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Tak Kisah Kerja Apa, Asalkan Halal..” – Azza Elite Tak Kisah Netizen Cakap Dah Sendu, Terpaksa Cari Duit Sara Keluarga
Next article“Saya Minta Untuk Berkata Yang Tidak Baik Pada Fizi Ali…” – Shakilla Khoriri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here