Nama Azza Elite cukup terkenal dalam industri seni tanah air. Kini dia sudah hampir 20 tahun dalam industri seni tanah air.
Kini, Azza sudah menceburkan diri ke arah perniagaan dan agak perlahan dalam bidang lakonan.
Namun ada segelintir pihak yang tidak senang melihatnya berniaga dan berkata seolah-olah dia terpaksa bersusah payah berniaga demi menyara diri dan keluarganya. Namun begitu, Azza enggan melayani ‘cakap nakal’ netizen tersebut.
Azza berkata, dia tidak terasa hati dengan usikan tersebut, sebaliknya bersyukur diberikan peluang untuk menceburi bidang perniagaan.
Malah, dia akui seronok menguruskan perniagaan bersama suami, Azlan Zulaily.
“Sudah menjadi asam garam bergelar selebriti. Ada masa netizen suka mengusik dan bergurau. Tetapi semua kata-kata netizen itu tidak sedikit pun menggangu emosi..”
“Ada yang kata kasihan lihat saya meniaga cari duit untuk sara hidup. Sebenarnya tidak perlu kasihan dengan saya. Sebaliknya saya bersyukur kerana Allah berikan saya pilihan untuk menceburi bidang perniagaan..”
“Saya seronok berniaga dengan suami. Lagi pula bila berniaga ini saya dapat uruskan masa ikut suka hati saya. Boleh ke mana-mana lokasi untuk berniaga, contohnya ke Singapura..”
View this post on Instagram
“Di usia saya yang begini saya suka hidup dengan tenang dan habiskan masa dengan keluarga. Kemudian sibukkkan diri dengan perniagaan menjual telekung, sejadah dan insya-Allah akan datang mahu keluarkan minyak wangi..”
Dalam pada itu, Azza berkata meskipun sibuk menguruskan perniagaan, namun dia masih lagi aktif dalam dunia lakonan.
Sebenarnya kalau nak berniaga seseorang itu perlu ada simpanan untuk dua atau tiga bulan ke depan. Berniaga ini banyak risikonya. Apabila sudah berniaga saya tidak perlu lagi mengharapkan seratus peratus income dunia lakonan.
Tetapi saya tidak cakap yang saya sudah berhenti berlakon, malah saya masih aktif. Cumanya saya melihat kepada tawaran dan watak yang sesuai dengan masa.