Home Viral “Bila Mateen Peluk Mommy Rasa Macam Mateen Peluk Ibu…” – Watie Hanifiah...

“Bila Mateen Peluk Mommy Rasa Macam Mateen Peluk Ibu…” – Watie Hanifiah Persis Arwah Siti Sarah

464
0

Usahawan dan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah, mengungkapkan bahawa dia mempunyai beberapa sikap yang serupa dengan Allahyarham Siti Sarah. Oleh itu, dia sangat disukai oleh anak-anak tirinya.

Melalui video yang dikongsikan di TikTok, Watie, atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, menyatakan bahawa salah seorang daripada anak tirinya, iaitu Ariq Matin, suka tidur bersama kerana teringat akan pelukan daripada Allahyarham Siti Sarah.

“Anak-anak pernah cakap bab pelukan. Daddy dia tanya, ‘kenapa Matin suka tidur dengan mummy?”

“Mateen cakap, ‘bila Matin peluk mummy rasa macam Matin peluk ibu”

Dalam pada itu, mereka juga menyatakan bahawa sikap Watie yang memberi perhatian kepada pemakanan sihat serupa dengan Allahyarham Siti Sarah yang sentiasa mengawal dan jarang membenarkan mereka mengambil makanan yang kurang berkhasiat.

“Anak-anak berkata, ‘kami masa ada ibu, kami rasa sama macam bila mummy ada sebab masa ada ibu kami tak boleh minum air gas..dan banyak benda kena ‘control’”

“Bila arwah ibu mereka tiada, semua benda boleh makan..mi segera, air gas tapi bila dah ada saya mereka jadi sama macam ketika ada ibu mereka.”

“Saya kena ‘control’, air gas tak boleh, jajan jangan makan banyak sangat, air manis kena kurangkan, mi segera.. semua itu saya akan bagi sebulan sekali sahaja”

“Jadi itulah persamaan yang dikatakan oleh anak-anak”

Lihat klip video di bawah:

@cubremiTerubat rindu anak-anak dekat arwah ibu

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kuang Ajar Caprice..” – Fathiah Latiff Bengang Di-Interview Caprice
Next articleTukar Video Ustazah Kongsi Doa Kuatkan “Suami” Di Acara Anjuran Neelofa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here