Nama Syukri Yahaya cukup besar dalam industri lakonan. Antara drama lakonannya yang menjadi kegilaan ramai adalah drama 7 Hari Mencintaiku.
Rata-rata peminat ‘cair’ dengan kemachoan dan gaya Syukri Yahaya yang begitu soft spoken dalam lakonannya. Justeru, peminat memandang tinggi terhadap kualiti lakonan dan skrip yang dipilih Syukri Yahaya.
Pelakon Shukri Yahaya dan Alya Iman dikecam warganet yang mendakwa mereka melakonkan adegan berunsur lucah di dalam sebuah drama yang bertajuk Layang-Layang Perkahwinan.
Menerusi potongan klip drama yang dimuat naik di platform X, Shukri yang membawa karakter sebagai Azim dilihat sedang mandi di dalam bilik air dan Alya yang memegang watak sebagai Tsuraya mendatanginya.
Mereka kemudian berbual-bual sebelum Shukri bertanya kepada Alya adakah dia sudah mandi atau belum
Shukri yang tidak mengenakan baju itu bertindak menarik tangan Alya dan aktres tersebut memberikan senyuman.
View this post on Instagram
Menyingkak ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan kurang senang dan mendakwa adegan tersebut mempunyai unsur ‘softporn’ walaupun tidak ditonjolkan secara terang-terangan.
Dalam masa yang sama, mereka berasa kecewa terhadap Shukri kerana aktor tersebut sudah dianggap ‘bersih’ dari kontroversi namun sanggup melakukan adegan seperti itu.
“Aku ingat Shukri takkan berlakon cerita macam ni, tu aku cakap cerita Melayu dah ke arah barat..”