Pelakon Zila Bakarin meluahkan kebimbangan susulan filem yang dilakonkannya 15 tahun lalu, berjudul “Syaitan Munafik,” akhirnya ditayangkan di pawagam. Kehadiran filem tersebut membuatnya terkedu, terutama setelah dia telah tampil dengan imej berhijab.
Zila Bakarin tiba-tiba mengimbau kembali babak yang dilakonkannya dalam filem tersebut dan menyedari bahawa ia tidak selari dengan penampilan terkininya, terutama setelah mengambil keputusan untuk memakai hijab.
Memetik Berita Harian, dalam filem arahan Allahyarham Majed Salleh, Zila muncul membawakan watak isteri curang. Keputusan untuk memakai hijab kemudian menimbulkan kebimbangan dan ketidakselarasan dengan watak yang pernah dilakonkannya dalam filem tersebut.
Lebih mengejutkan, Zila Bakarin memberitahu bahawa terdapat babak dalam filem tersebut di mana dia berkemban dan menampakkan aurat, yang bertentangan dengan penampilan berhijabnya sekarang.
“Jujurnya, saya sendiri tidak ingat pasal filem ini kerana sudah lama sangat. Memang benar saya seksi habis dalam filem ini, selamba sahaja berkemban…” – Katanya
“Jika ditanya sudah tentu saya risau bila filem ini ditayangkan kerana bimbang reaksi penonton. Dalam era media sosial hari ini, netizen akan kecam apa sahaja dan perkara ini cukup menakutkan saya…” – Katanya lagi
“Masa saya lakonkan watak ini, saya pun tak sangka ia akan ditayangkan 15 tahun kemudian ketika sudah berhijab. Takkankah saya nak halang produksi menayangkan filem ini hanya kerana imej terkini saya…” – Jelasnya
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Berita Harian
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.