Tular di laman X(Twitter) di mana seorang pengadu anonymus menceritakan tentang ayahnya yang merupakan seorang artis. Menurut individu tersebut, ayahnya itu terkenal dan hampir semua orang menganggap dia sebagai seorang yang berperwatakan baik dan lembut.
Namun sebaliknya bagi keluarganya, di hadapan peminat dia merupakan seorang yang baik, lembut dan kelakar. Namun di rumah dia merupakan kaki pukul.
Tambahnya lagi, sejak dari kecil mentalnya serta keluarga terseksa. Tapi dia tidak boleh menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa dek kerana ayahnya, artis tersebut merupakan seorang yang ‘Baik’ di hadapan peminat.
Moga anon tabah dengan ujian ini. Berbincanglah dengan keluarga untuk menyelesaikan masalah ini. Kepada ayah(artis) tersebut sedarlah tanggungjawab anda sebagai ayah. Jangan lepaskan kemarahan kepada keluarga. Anda sebagai ketua keluarga patut melindungi, bukan menyakiti.