Penyanyi Naqiu mengakui rasa kecewa kerana persahabatannya dengan penyanyi Hady Mirza menjadi tumpuan negatif. Walaupun hubungan mereka dalam keadaan baik-baik, Naqiu menyatakan bahawa terdapat pihak yang terus mengeruhkan situasi, melibatkan nama kedua-dua negara dan memulakan spekulasi buruk terhadap kedua finalis All Stars Gegar Vaganza (ASGV) ini.
“Saya pernah cakap dengan Hady yang saya kesal bila ada yang cakap kami bergaduh sehingga membabitkan nama negara. Saya nak pesan kalau anda minat seseorang artis ni, jangan rasa tergugat dengan artis lain sebab kami sebenarnya okay saja, dah macam family, jangan melaga-lagakan kami…” – Naqiu
Bukan itu sahaja, kata juara GV6 ini, dia turut menasihati mereka yang meminati bukan sahaja dirinya tetapi peminat artis lain juga untuk tidak mencetuskan isu di antara mereka hingga menimbulkan fitnah mereka berbalah dan sebagainya.
Tambah Naqiu lagi, dia menegaskan sekali lagi bahawa dirinya dan Hady tidak mempunyai apa-apa masalah seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak. Katanya lagi, dia cukup tidak selesa apabila nama negara dibabitkan dalam fitnah berkenaan memandangkan ada juga peminatnya yang berasal dari negara tersebut.
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram, Portal
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.