Pelakon tampan, Meerqeen, dengan tegas menafikan dakwaan bahawa dia bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota baru-baru ini.
Meerqeen menyatakan bahawa dakwaan tersebut tidak benar dan menggambarkannya sebagai cubaan untuk menjatuhkan reputasinya.
“Saya tak layan apa-apa yang keluar di media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya…” – Merqeen
“Ketika kontroversi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur pun kerana terbabit dengan sebuah penggambaran…” – Katanya
“Malah saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip itu. Ia tidak berlaku langsung…” – Katanya lagi
Meerqeen menyuarakan penafian tersebut semasa ditemui dalam majlis pelancaran filem “Klepet” terbitan Respected Citizen Sdn Bhd di Putrajaya pada Selasa.
Pada masa yang sama, pelakon berusia 22 tahun itu menyatakan bahawa dia telah berkomunikasi dengan kekasih Mimi, iaitu aktor Syafiq Kyle, untuk membincangkan isu tersebut.
“Syafiq adalah rakan saya dan kami berada dalam bidang yang sama…” – Tambahnya
“Saya sudah bercakap dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara ini. Kami sudah ‘man to man talk…” – Tambahnya lagi
“Bodohlah saya jika saya melakukan hal sedemikian. Sebab itu saya tak ambil peduli langsung mengenai perkara itu…” – Jelasnya
Sementara itu, pelakon drama “Melur Untuk Firdaus” itu menyatakan bahawa dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu menambah kegentingan keadaan.
Sebelum ini, muncul dakwaan mengenai seorang aktor baru yang meningkat naik dan bercium dengan seorang aktres popular yang berstatus tunangan. Banyak netizen menyebut nama Meerqeen dan Mimi berhubung dakwaan yang telah tersebar luas tersebut.
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Harian Metro
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.