Beberapa hari yang lalu, usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, menjadi sasaran kecaman netizen setelah dikatakan mempercayai ‘feng shui,’ yang dikatakan bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Mengenai dakwaan ini, Kak KM menjelaskan bahawa dia difitnah dan video tersebut telah diputar-belitkan.
Dia menegaskan bahawa dia masih waras dan memegang teguh pada ajaran agama Islam, tidak terlibat dalam tindakan yang didakwa oleh sesetengah netizen.
“Saya tak sejahil itu untuk perlekehkan agama. Cumanya, selama ini saya saja tak nak tunjuk perkara dan amalan dibuat. Sedekah, sembahyang semua saya buat. Kenapa tak nak tularkan?…” – Kak KM
Kak KM menambah bahawa dia masih memegang teguh keimanan Islam dan yakin kepada Allah Yang Satu.
Mengenai kempen boikot produknya yang dijalankan oleh netizen, Kak KM menyatakan kepercayaannya kepada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.