Nama pempengaruh, Zhiddin Aziz, telah menjadi bualan ramai setelah dengan lantang mempertikaikan Anugerah Perdana Belia Negara (ABPN) 2023 dan kemudian didakwa menciplak beberapa ayat-ayat penuh kiasan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Khairul Afsan.
Penyanyi Baby Shima tampak tertarik untuk menyuarakan pendapatnya mengenai kontroversi Zhiddin. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Baby Shima mempersoalkan tindakan Zhiddin yang kelihatan seperti tidak mempunyai harga diri.
Dalam pada itu, Nor Ashima Ramli, yang juga dikenali sebagai Baby Shima, mengingatkan Zhiddin untuk tidak lagi sibuk menjaga tepi kain orang lain.
Semalam, sedar namanya dipetik oleh Zhiddin, terus tampil menjelaskan perkara sebenar dan membuat permohonan maaf melalui ruangan komen.
Zhiddin menjelaskan bahawa secara jujurnya, dia tidak mengetahui siapakah empunya karya tersebut, dan niatnya hanya untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam karyanya.
Lihat posting di bawah:
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.