Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menimbulkan persoalan mengenai langkah seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Seekor Murtabak yang memohon agar dia tidak menghapuskan hantaran yang diposkan di platform tersebut, dengan tujuan untuk digunakan sebagai bukti di mahkamah syariah.
“Katanya mereka tidak merentan dan juga hanya berdiam diri, dikatakan tiada kena mengena dibelah Shu juga sebelah sana…” – Katanya
“Tiba-tiba mahu tangkap layar dan gunakan di mahkamah, persoalannya siapkah Seekor Murtabak ini…” – Katanya lagi
Shu memperincikan kejadian itu di laman Instagramnya, yang juga menyertakan tangkapan layar pernyataan yang ditinggalkan oleh Seekor Murtabak. Dalam tangkapan layar tersebut, Seekor Murtabak berusaha membuktikan bahwa Shu kurang bersedia menjaga kedua anaknya, dan sekaligus mencadangkan agar ibu Shu dilibatkan sebagai penjaga kedua dalam perbicaraan hadanah kekal di Mahkamah Syariah Shah Alam. Selain itu, individu tersebut juga mendakwa Shuhada tidak beradab kerana mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
“Kau memang tak ada adab ke cakap benda-benda lucah dekat sini? Kalau mahkamah nampak ini memang boleh jadi bukti…” – Tambahnya
“Jangan padam ya, aku nak tangkap layar jadikan bukti…” – Tambahnya lagi
Perbicaraan tuntutan hadanah itu
ditangguhkan pada 23 Januari 2024
selepas pelakon itu ingin meneliti terlebih dahulu permohonan Shuhada meletakkan ibunya sebagai penjaga kedua.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai pada 22 Februari lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.