Seorang pengarah dituduh melemparkan kerusi kepada seorang pelakon kerana tidak mampu mengalirkan air mata dalam adegan sedih.
Kejadian tersebut berlaku kepada pelakon Indonesia, Citra Kirana, yang mengungkapkan bahawa ia berlaku pada permulaan kariernya dalam bidang lakonan.
Masa itu, Citra terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam drama siri, Tukang Bubur Naik Haji, di mana insiden bermula apabila dia menghadapi kesukaran untuk menangis dalam adegan yang menyentuh hati.
“Apa yang terjadi, pengarah telah melemparkan kerusi ke arah saya. Bukan menangis, saya sebaliknya jadi takut dengan kejadian tersebut dan tidak boleh mengeluarkan air mata…” – Citra
Dia menambahkan bahawa meskipun kerusi tersebut tidak mengenainya, tetapi insiden itu membuatnya berasa takut untuk ke lokasi penggambaran dan berdepan dengan pengarah.
Citra menegaskan bahawa perbuatan tersebut tidak sesuai untuk menjadi contoh dan menekankan pengarah seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih wajar.
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Gempak, Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.