Pelakon Datin Elvina Mohamad mengutuk tindakan seorang pengguna media sosial yang secara terang-terangan mengkritiknya dan meminta supaya dia tidak lagi menggunakan nama bapanya iaitu ‘Mohamad’.
Marah dengan komen tersebut, Elvina, atau Norzalina Mohamad, 28, juga berpendapat bahawa kata-kata dari pengguna media sosial itu merupakan satu tindakan yang kurang bijak.
“Awak bodoh atau berlagak bodoh. Hanya kerana saya pakai hooded gown, saya kena buang nama bapa?..” – Elvina
“Adakah semua wanita Muslim kena buang nama bapa hanya kerana berpakaian kurang sopan? Komen itu jangan nampak bodoh sangat…” – Katanya
Elvina mengungkapkan hal tersebut di Instastorynya pada hari Ahad bersama dengan gambar profil lelaki tersebut yang kini telah ditukar ke mod peribadi.
Sebelum ini, lelaki tersebut meninggalkan komen kritikan terhadap penampilan Elvina yang dianggapnya kurang sopan semasa kehadirannya dalam satu acara baru-baru ini.
“Kalau nak jadi netizen kenalah kental…” – Tambahnya
Baru kena sikit dah private akaun.
“Bila artis off comment, kata takut dengan netizen. Ini pula macam mana? Netizen takut dengan artis? Bila diam makin melampau…” – Tambahnya lagi
Elvina sebelum ini menjadi sasaran kritikan yang meluas kerana memakai pakaian fesyen hooded gown yang beberapa netizen anggap sebagai upaya untuk mengolok-olok penampilan wanita Muslim.
Tanpa memberikan respons terhadap kontroversi tersebut, Elvina hanya bersetuju dengan komen para pengikut yang memahami konsep pakaian tersebut.
Lihat Posting di bawah:
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.