Home Hiburan Bapak Borek Anak Rintik, Anak Mahu Ikut Hafiz Suip Buat Rambut Hijau...

Bapak Borek Anak Rintik, Anak Mahu Ikut Hafiz Suip Buat Rambut Hijau – “Saya Terus Botakkan Kepala, Istighfar Saya Masa Tu..”

435
0

Heboh di laman sosial apabila penyanyi terkenal Hafiz Suip tiba-tiba tampil berambut warna hijau. Pelbagai spekulasi diberikan peminat, namun ramai berdoa moga Hafiz sedar dan kembali ke perwatakannya yang asal.

Berikutan hal tersebut, Hafiz mengaku penampilan tersebut adalah bertujuan untuk meraih perhatian semata-mata. Justeru itu, Hafiz memohon maaf atas tindakannya yang dilihat kurang senang oleh sesetengah pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Suip (@hafizsuip)

“Saya mengaku warnakan rambut sebab mahukan perhatian. Bila dah buat rasa segan juga. Saya mohon maaf kepada warga Malaysia kerana perkara itu agak sensitif sebenarnya. Saya sedar cuma itulah hiburan. Menjadi lumrah, kalau sensasi baru dapat perhatian, kalau biasa-biasa orang tak ambil tahu..”

axia

Bapak borek anak rintik, padah membuat rambut sedemikian anaknya yang baru sahaja berusia 6 tahun terpengaruh untuk membuat rambut sebegitu juga. Hafiz Suip berkata dia mengambil keputusan untuk membotakkan kepalanya selepas menyedari imej tersebut membawa pengaruh buruk kepada anaknya.

“Saya faham perkara itu salah di sisi agama kita. Saya tidak menghitamkan kembali warna rambut sebaliknya terus membotakkan kepala. Jadi sekali lagi maafkan saya. Saya lihat tindakan itu juga mempengaruhi budak-budak terutamanya anak saya yang berumur enam tahun. Dia kata, ‘Bonda, saya pun nak rambut macam ayah.’ Beristighfar saya masa itu..”

Sementara itu, Hafiz turut berkongsi bahawa gaya rambut berwarna hijau tersebut adalah inspirasi daripada watak Roronoa Zoro di dalam siri drama One Piece.

Previous articlePeminat Berbalah Label Aina Abdul Penyanyi Nombor Satu, Sekali Aina Tampil Beri Penjelasan
Next article“Versi Dawai Paling Best..” – Nyanyian Azmani Iklim Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here