Penyanyi Shila Amzah mendedahkan bahawa banglo miliknya di Hulu Langat, Selangor, telah dikosongkan oleh ahli keluarganya yang sebelum ini menetap di sana.
Sebagai tindak balas, Shila, atau Nurshahila Amir Amzah, 33, turut mengumumkan bahawa kemelut yang melibatkan dia dan keluarganya, yang menjadi perbualan hangat sebelum ini, sudah selesai.
“Saya anggap dah selesai… Daripada segi keluarga, otak saya sudah selesai…” – Shila Amzah
“Sebab kita pun kadang-kadang orang sedarah tak anggap kita sama. Dah ini rezeki kita, kena mengambil konsep reda…” – Katanya
Shila menyampaikan perkara tersebut melalui sesi siaran langsung di Instagram miliknya pada petang Sabtu.
Sementara itu, peserta Famili Duo 2023 (FD3) itu menegaskan bahawa dia enggan merespon tindakan adik lelakinya, Amir Syafiq Amzah, 30, kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.
Shila menjelaskan bahawa Syafiq tidak akan mengaku salah dan perilakunya akan semakin teruk jika ditanggapi.
“Korang tak payah beri perhatian pada dia lagi… Kalau dia nak meratap ke meratip ke, biarkan!..” – Katanya lagi
“Dia orang yang tak tahu salah… Tak tahu diri ini memang suka meratip. Jangan beri dia perhatian, kalau bagi dia makin meratip…” – Tambahnya
“Makin dilayan makin naik lemak dia nanti… Biarlah dia cari duit betul-betul…” – Tambahnya lagi
Kontroversi dalam keluarga Shila menjadi perhatian setelah adik bongsunya, Syada Amzah, menyatakan bahawa banglo milik kakaknya dijangka akan dijual serta sedang mencari rumah sewa.
Shila membantah tudingan mengenai niat untuk menghalau adik-beradiknya. Sebaliknya, dia menegaskan bahawa niatnya untuk menjual banglo tersebut adalah untuk membeli kediaman yang lebih selesa bagi ibu mereka.
Perbincangan berlanjutan mengenai isu itu kerana Syafiq mendakwa Shila tidak pernah berbincang tentang hasrat untuk menjual rumah tersebut. Syafiq juga menyatakan bahawa banglo tersebut merupakan warisan keluarga yang didaftarkan atas nama Shila, dan meminta supaya hak milik kediaman itu ditukar kepada nama ibu mereka.
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Tiktok, Mstar
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.