Pelawak Shuib memberikan penjelasan tentang keputusannya untuk tetap menggunakan akaun Instagram almarhumah isterinya, Siti Sarah, yang masih aktif dan menjadi perbualan di kalangan warganet.
Shuib menjelaskan bahawa akaun Instagram (IG) almarhumah Sarah sebenarnya dikelola oleh ibu mentuanya, Siti Fatimah, atau lebih akrab dipanggil sebagai MakDer, untuk menguruskan perniagaan almarhumah, Loveta.
“Akaun Instagram Siti Sarah dipegang oleh MakDer atau pun Siti Fatimah di mana dulu dia gunakan media sosial untuk berniaga…” – Shuib
“Bila dia takda, perniagaan dia perlu berjalan, perlu diteruskan. Jadi, baiklah kita gunakan apa yang ada sebab situ pun pengikut dia dah ramai. Bagus untuk business sebab itu digunakan sampai sekarang..” – Katanya
Shuib juga menyatakan bahawa beliau telah memberikan kebenaran kepada ibu mentuanya dan bahkan tidak mahu akaun Instagram itu dihapus kerana terdapat banyak kenangan yang tersimpan di dalamnya.
“Tak ada apa masalah pun, saya tahu kadang-kadang orang bertanya kenapa masih guna akaun arwah untuk itu dan ini. Benda tu pun persetujuan dari saya juga sebab kalau saya nak pakai untuk apa pun. Saya ada akaun saya sendiri…” – Katanya lagi
“Jadi saya bagi dia guna itu untuk perniagaan sambil-sambil tu MakDer masukkan content anak dia sebab itu kenangan…” – Tambahnya
“Jangan dibuang sebab dah lama dah. Nanti kalau boleh scroll-scroll ada gambar kenangan lagi, jangan dibuat. Jadi, tak ada isu pun tentang penggunaan itu, Insya-Allah…” – Tambahnya lagi
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.