Dunia hiburan Malaysia kini dihebohkan dengan desas-desus mengenai perceraian pengarah terkenal, Syamsul Yusof, dan isterinya, Ira Kazar.
Menurut laporan Harian Metro, ibu kepada Syamsul, Patimah Ismail, enggan terlibat dalam isu yang sedang menimpa rumah tangga anak lelakinya.
“Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah…” – Datin Patimah
“Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen…” – Katanya
Patimah juga menolak untuk memberikan komen lanjut berkenaan kenyataan suaminya, Datuk Yusof Haslam, yang menyebut bahawa Syamsul sudah lama tidak kembali ke rumah.
“Betul lah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi. Saya tak nak merosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini…” – Katanya lagi
Sebelum ini, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram dengan mengakui perkahwinan bersama Ira pada 6 Januari yang lepas di Thailand.
Kemudian, pada 13 Jun yang lalu, Syamsul dan Puteri Sarah Liyana sah bercerai melalui talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Untuk catatan, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, berusia 6 tahun, dan Sumayyah, berusia 4 tahun.
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Harian Metro
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.