Gambar yang baru-baru ini dikongsikan oleh pelakon terkenal, Janna Nick, telah menarik perhatian ramai selepas menunjukkan hubungan mesra antaranya dengan penyanyi, Andi Bernadee.
Dalam gambar itu, terlihat Andi sedang mendukung Janna, dan dikatakan bahawa itu adalah sebahagian daripada adegan dalam drama mereka, ‘Melastik Ke Hatimu 2’.
Walaupun tujuannya adalah untuk mempromosikan drama mereka, beberapa warganet merasa tidak selesa melihat keakraban Janna dengan lelaki lain, terutamanya kerana dia sudah berstatus sebagai isteri kepada Dini Schatzmann.
Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa warganet yang mengkritik Dini sebagai suami yang lemah kerana membenarkan isterinya terlalu mesra dengan lelaki lain tanpa mengetahui batasannya.
Untuk makluman, Janna Nick dan Dini Schatzmann telah berkahwin pada 10 Jun yang lalu di Pulau Langkawi.
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.