Menerusi laman instagram, bekas suami Noor Nabila iaitu Engku Emran ada memuatnaik satu posting gambar dirinya bersama sahabatnya.
Di ruangan kaption, dia berkongsi yang dia sudah lama bergiat aktif dalam dunia penyiaran. Menurutnya, sudah banyak asam garam yang dilalui sepanjang kariernya.
Di ruangan komen, rakan artis iaitu Aliff Satar ada menulis yang Engku Emran ada style Oppa
(Korea).
“Bro got that Oppa Style..” – Aliff Satar
View this post on Instagram
Engku Emran kemudian membalas komen tersebut dengan berkata yang selepas ini dia mahu mencari isteri korea pula.
“Nak cari isteri korea pula lepasni bro. Alang-Alang aku tak faham perempuan, baik cari yang aku tak faham langsung apa diorang cakap..” – Engku Emran
Wah, pandai bergurau juga ya Engku Emran dengan Aliff Satar ni. Apa-apa pun min doakan moga Engku Emran terus tabah dengan ujian yang berlaku. InsyaAllah segalanya ada hikmah