Home Isu Semasa “Saya Kenangkan Bagaimana Keadaan Anak-Anak Angkat Saya Di Gaza..” – Siti Nurhaliza

“Saya Kenangkan Bagaimana Keadaan Anak-Anak Angkat Saya Di Gaza..” – Siti Nurhaliza

304
0

Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan salah seorang selebriti yang bersolidariti untuk Palestin. Di halaman instagram, Tokti ada meluahkan rasa bimbangnya terhadap nyawa anak-anak angkatnya di Gaza yang kini berdepan dengan situasi getir berperang dengan Israel.

Buat pengetahuan, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada menubuhkan sebuah sekolah Kanak-Kanak Afwa Al Afiyah. Sekolah tersebut dibina menerusi sumbangan yang dikutip yayasan yang diasaskannya iaitu Yayasan Nurjiwa. Kini, banyak bangunan di sana sudah hancur akibat dibedil tentera Israel.

“Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana..”

Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah. Moga kemenangan berpihak kepada rakyat Palestin. Kita di bumi Malaysia perbanyakkan berdoa untuk mereka. Dan jika berkemampuan hulurkanlah sumbangan untuk mereka di sana.

Setakat ini, angka korban di Gaza termasuklah di tebing barat dilaporkan meningkat dengan lebih 700 orang disahkan maut dan tercedera.

Previous article“Menanggung Hutang Keluarga Ratusan Ribu…” – Ubai Dedah Pengorbanan Shila Amzah Terhadap Keluarga
Next article“Anugerah Tuhan, Nyanyian Adik Amir Tidak Pernah Mengecewakan..” – Nyanyi Lagu Taman Rashidah Utama Depan Awie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here