Home Viral Harga Tiket Konsert Mahal, sekali Aina Abdul Dedah Kos Konsert Beliau

Harga Tiket Konsert Mahal, sekali Aina Abdul Dedah Kos Konsert Beliau

393
0

Dikatakan menggunakan orang tengah bagi mendapatkan inisiatif Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM300,000 yang diperuntukkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), penyanyi Aina Abdul tampil menjawab tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh netizen itu.

Bagi mendapatkan dana tersebut, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata dia juga perl melalui prosedur sama seperti orang lain iaitu menyerahkan kertas kerja dan pitching (pembentangan) di hadapan panel penilai yang tidak dikenali.

“Kita ikut setiap prosedur macam biasa, sama macam semua yang mohon iaitu buat proposal dan seterusnya sesi pitching proposal itu…” – Aina Abdul

“Kenyataan mengatakan saya kenal orang dalam, 100 peratus fitnah! Ini kerana saya tidak tahu pun siapa panel itu. Saya percaya bukan seorang sahaja panel, mesti ramai….” – Katanya

Sebelum itu, namanya menjadi sebutan di aplikasi X selepas tular senarai nama penerima DD membabitkan selebriti.

Ada netizen mendakwa Aina menggunakan orang dalam bagi mendapatkan dana tersebut.
Malah ada pihak berpendapat Aina tidak layak menerima dana disediakan it kerana dia sudah popular dan dikenali ramai.

Dalam pada itu, Aina berkata dia tidak memarahi mana-mana individu yang menfitnah dan melontarkan kata-kata kesat terhadapnya namun memohon agar mereka menjaga tutur kata sebelum menulis komen di media sosial.

Baginya, tidak menjadi kesalahan apabila seseorang tampil memohon dana tersebut kerana ia adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak.

Populariti yang diraih sejak lima tahun kebelakangan in masih belum mampu menampung kos untuk mengadakan konsert besar menggunakan perbelanjaan sendiri.

“Memanglah orang kata Aina Abdul dah menang AJL (Anugerah Juara Lagi), ada persembahan sana-sini, jadi kenapa nak mohon dana juga?…” – Katanya lagi

“Saya mula (konsert) 1.0 tiada sponsor, yang kedua pun kita hampir-hampir tidak mendapat elaun, hujung-hujung baru dapat….” – Tambahnya

“Kita buat konsert in melibatkan duit yang sangat banyak. Aina Abdul Entertaiment tidak dapat nak berdiri sendiri begitu sahaja. Saya baru dalam dalam industri ini dan baru lima tahun dikenali….” – Tambahnya lagi

“Jadi, populariti itu tidak mampu untuk menampung perbelanjaan yang sangat besar terutama untuk persembahan di Axiata Arena, ujarnya…” – Aina Abdul

Dalam masa sama, Aina meluahkan rasa syukur kerana terpilih sebagai salah seorang penerima DKD yang telah mula diperkenalkan pada April 2015 lalu.

Aina turut berharap supaya orang rami dapat menghentikan sebarang spekulasi negatif terhadap dirinya berkenaan dana tersebut.

“Kepada siapa yang beri atau bercakap negatif tentang rezeki ini, saya harap semua dapat hentikan dan tidak meneruskan benda yang tidak betul ini…” -Ujarnya

Untuk info, DKD merupakan satu inisiatif di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan ia merupakan kesinambungan Dasar Industri Kreatif Negara (DIN) yang dilancarkan pada 2021.

la bertujuan untuk memperkemaskan dan mempermudahkan penyaluran dana-dana berkaitan industri kandungan kreatif.

Lihat posting di bawah:

Sumber: X

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleGurauan Keterlaluan, sekali Teguran Mamat Exist Terhadap Nabil Raih Tumpuan Ramai
Next article“Pengganti Mamat Exist..” – Adik Amir Nyanyi Lagu Oh Ibu Buat Ramai Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here